Masalah hakisan di Mengabang Telipot ambil masa untuk diatasi – MB Razif

0
261

KUALA NERUS – Masalah hakisan yang berlaku sejak setahun lalu di Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telipot di sini memerlukan sedikit masa untuk diatasi sepenuhnya.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan pusat melalui jabatan pengairan dan saliran (JPS) perlu membuat kajian secara terperinci supaya penyelesaian jangka panjang itu nanti tidak menjejaskan kawasan-kawasan yang berhampiran.

“Untuk mengatasi masalah hakisan di sini bukan sesuatu yang mudah kerana ia terletak di kawasan pantai yang berhadapan dengan laut.

“Jadi, pihak JPS perlu mencari jalan yang terbaik supaya masalah itu dapat diatasi sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan segera berjumlah RM500,000 untuk mengekang kejadian itu buat sementara waktu.

Sebelum ini kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk penyelesaian jangka panjang hakisan di kawasan berkenaan iaitu membabitkan penyambungan kerja pembinaan benteng pemecah ombak dari Pantai Tok Jembal sehingga ke Pantai Tanjung Gelam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here