MANFAAT CUKAI DI SEBALIK KEBAJIKAN DAN SUMBANGAN YANG DIHULURKAN

0
273

Bagaimana individu boleh melakukan kebajikan dengan menghulurkan sumbangan berbentuk tunai dan dalam masa yang sama mendapat faedah penolakan atau pengurangan cukai daripada jumlah pendapatan yang diterima.

Melalui laman sesawang rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu http://www.hasil.gov.my yang  sentiasa memberi penerangan dan garis panduan yang jelas bagaimana individu atau usahawan boleh mendapat manfaat pengecualian cukai melalui derma yang dilakukan.

Penghujung tahun merupakan waktu yang sibuk untuk perancang kewangan yang berdisiplin. Individu akan memeriksa jumlah cukai yang bakal dibayar dan merancang untuk memaksimakan penolakan atau pengecualian cukai yang dibenarkan.

Tidak kurang juga ada di antara individu yang mengambi peluang saat-saat terakhir ini membuat pengiraan jangkaan keuntungan atau pendapatan yang bakal diperolehi bagi tahun ini dan seterusnya membuat pengiraan zakat.

Pembayaran zakat lazimnya dilakukan kepada agensi zakat mengikut negeri masing-masing. Zakat yang dibayar akan ditolak daripada jumlah cukai yang kena bayar bagi tahun kalendar yang dibelanjakan berdasarkan jumlah zakat yang telah dibayar.

Begitu juga ada pihak yang perihatin yang mengambil kesempatan melakukan kebajikan kepada mereka yang kurang bernasib baik atau di saat bencana yang menimpa terutama di musim banjir yang berlaku dipenghujung tahun.

Bagi tujuan derma yang ingin dilakukan dan dalam masa yang sama ingin mendapat pengurangan atau penolakan daripada pendapatan agregat individu, semakan boleh dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang derma dilakukan.

Semakan boleh dilakukan seperti paparan di bawah dengan memasukkan nama institusi atau organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here