Liga Super 2018: Terengganu, T-Team akan distruktur semula – Rozi Mamat

0
1804

Penstrukturan semula ke atas pasukan Terengganu, T-Team dan Hanelang FC akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi meningkatkan prestasi dan pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata sepanjang 10 tahun ini tiada kejayaan membanggakan dicapai merupakan faktor utama tindakan tersebut dilakukan.

Penyusunan semula itu akan dibuat dengan mengambil kira semua aspek termasuk mengadakan perbincangan antara persatuan bola sepak dan kerajaan negeri.

Menurutnya, antara Terengganu dan T-Team hanya satu pasukan yang akan dijadikan pasukan utama walupun kedua-dua pasukan bersaing dalam Liga Super tahun hadapan.

Penjenamaan baharu yang bakal dilakukan akan memberi kebaikan kepada semua pasukan kerana keutamaan kerajaan negeri mahu kedua-dua pasukan memberi hasil yang setimpal dengan jutaan ringgit yang dibelanjakan pada setiap tahun.

T-Team FC
Terengganu FA

Baca : T-Team tarik nafas lega kekal Liga Super

Beliau turut memberitahu sedikit perubahan akan dilakukan dalam pasukan Terengganu kerana mahu lebih ramai anak negeri diberi peluang beraksi dengan Skuad Penyu.

Terengganu FA dan T-Team FC akan bermain dalam kempen Liga Super pada tahun 2018 manakala Hanelang FC berada dalam saingan Piala FAM. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here