LHDNM ANJUR PROGRAM HARI SIHAT HASIL

0
87

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menganjurkan n Program Hari Sihat Hasil bermula pada 5 hingga 7 Disember 2017 di Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya Sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan agensi kerajaan.

Program yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM diserikan dengan pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup sihat.

Menurut kenyataan LHDNM berkata penganjuran program Hari Sihat Hasil adalah untuk menarik minat warga kerja LHDN terhadap kepentingan pembudayaan amalan kesihatan yang baik seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti kerja dan pembangunan negara.

“Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah pemeriksaan kesihatan, senam robik, derma darah, pameran booth, jualan produk kesihatan serta beberapa siri taklimat kesihatan” tambah kenyataan LHDNM itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here