Lembu Korban Bebas Hawar Berdarah -Pehimi

0
949

 

KUALA TERENGGANU – Kerajaan beri jaminan daging lembu korban di Terengganu yang akan disembelih pada hari raya Aidil Adha selamat untuk dimakan dan bebas dari penyakit.

 

Pengerusi Pertanian dan Industri Asas  Tani, Perusahaan,  Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Mohd Pehimi Yusof berkata negeri itu kini bebas sepenuhnya dari penyakit hawar berdarah yang  menyerang binatang ternakan terutama lembu dan kerbau sejak 4 bulan lalu kini .

 

Katanya lagi tindakan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu  melakukan  pencegahan dengan menvaksin hampir 10 ribu ekor haiwan ternakan itu berjaya membendung penyakit tersebut dari merebak .

 

Selain itu pihaknya juga telah memastikan 4000 lembu yang akan dijadikan korban tahun ini termasuk 2000 ekor yang dibawa dari dibawa masuk ke Terengganu telah divaksinkan.

 

Katanya lagi selain itu,  pihaknya juga akan menempatkan  seramai 120 anggotanya di tempat penyembelihan bagi memastikan lembu yang dijadikan korban bebas dari penyakit tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Kemerdekaan di Dataran Pantai Batu Buruk.

 

Sejak penyakit itu dikesan pada 26 Mei lepas, sebanyak 500 kes kematian haiwan ternakan dilaporkan oleh 38 penternak di lima daerah di negeri itu dengan kerugian hampir RM 2.5  juta ringgit.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here