Lelaki pukul pemuda di Suria KLCC diberkas

0
1468

KUALA LUMPUR – Lelaki yang dicari kerana mencederakan seorang pemuda ketika beratur bagi membeli kasut edisi terhad Adidas di pusat beli-belah Suria KLCC pada Sabtu lalu sudah diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Batu Caves, Selangor.

“Suspek telah dikenal pasti melalui telefon bimbit rakannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tujuan merakam percakapan dan dokumentasi.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku menumbuk pemuda tersebut kerana perebutan giliran barisan untuk mendapatkan kasut berkenaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi Sabtu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Faiz Hariz, 22, dikatakan menegur seorang lelaki yang memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut edisi terhad bernilai RM1,150 tersebut.

Baca: Hidung patah ditumbuk gara-gara kasut Adidas di KLCC

Akibat teguran itu, suspek yang datang secara berkumpulan mengamuk sebelum bertindak menumbuk mangsa sehinggakan tulang hidung mangsa patah selain lebam mata kiri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/351 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here