Lelaki peluk erat ayahnya buat netizen sebak

0
1793

AYAH antara individu yang jarang-jarang menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya. Namun, jauh di sudut hati sudah pasti dia mengambil tahu tentang keadaan anaknya.

Mungkin sebab itulah, orang kata kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selama-lamanya. Baru-baru ini tular menerusi laman sosial gambar seorang lelaki memeluk erat bapanya di dalam kereta api.

Perkongsian yang dibuat oleh netizen di Indonesia dikenali sebagai Restoris A. Fatiha melalui Facebook itu berjaya mencuri tumpuan pengguna laman sosial tersebut sejak disiarkan pada 18 Oktober lalu.

Gambar tersebut menunjukkan si anak yang mungkin berusia dalam lingkungan 50-an sedang memeluk ayahnya yang barang kali berumur 80 tahun sedang letih bersandar di dadanya.

Menurut Restoris, momen manis itu berjaya mencuri perhatian lensa kameranya pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dalam kereta api Prameks yang menuju ke Solo dari Kutoarjo, Jawa Tengah.

“Satu tindakan yang dilihat sederhana, tapi sangat bermakna dan bererti bagi orang yang melihatnya.

“Awalnya saya melihat seorang yang mungkin berusia sekitar 50-an duduk bersama atau berdampingan dengan orang tuanya yang mungkin berusia sekitar 75 hingga 80 tahun.

“Selang beberapa ketika, si ayah mengubah posisi duduknya bersandar di tubuh anaknya yang sedang menerima panggilan telefon, dan si anak mengubah posisi tangan kanannya.

“Dia memeluk ayahnya kembali,” tulisnya di Facebook. Jelas sekali kasih sayang lelaki tersebut begitu dalam terhadap bapanya sehinggakan dia masih memeluk erat ayahnya walaupun sedang bercakap melalui telefon.

Mungkin jarang-jarang detik sebegini ini dapat dilihat. Kebiasaannya, ibu dan bapa sahaja yang memeluk erat anak-anaknya.

Setakat ini, entri tersebut telah mendapat lebih daripada 14,000 tanda likes dan lebih 7,000 perkongsian. Ramai pengguna memuji tindakan si anak yang masih jaga ayahnya walaupun usianya mencecah separuh abad.

Gambar ini jelas menyentuh hati yang melihatnya dan memberi pengajaran supaya sentiasa menyanyangi dan menghargai ibu bapa yang sudah susah payah membesarkan kita dari kecil. – MYNEWSHUB.CC/SA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here