Lelaki pandu kereta melawan arus di LPT ditahan

0
2016

KUANTAN – Seorang warga tua berusia 81 tahun ditahan selepas memandu kereta melawan arus di Kilometer 234, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari susur keluar Gambang menghala Plaza Tol Kuantan, dekat sini, 9 November lalu.

Lelaki itu yang memandu kereta jenis Proton Savy dan berasal dari Sungai Lembing di sini, akan dituduh di mahkamah hujung bulan ini.

Video perbuatan lelaki itu viral di medial sosial yang memaparkan rakaman penumpang kereta lain terkejut dan sempat mengelak daripada bertembung dengan kereta dipandu warga tua itu yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, kes itu dilaporkan berlaku jam 4.45 petang, Khamis lalu.

“Lelaki itu sudah ditahan pada hari sama dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kita akan bawa kes ini untuk tujuan pendakwaan di mahkamah pada 27 November ini.

“Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh perbicaraan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. –┬ábharian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here