Lelaki hempas, tumbuk bayi 10 bulan sampai rosak buah pinggang

0
398

LELAKI yang ditahan kerana disyaki mendera bayi teman wanitanya mengaku menggigit telinga, menghempas dan menumbuk bayi perempuan itu sehingga buah pinggangnya rosak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, suspek, 25, mengaku berbuat demikian hanya kerana tidak tahan dengan tangisan bayi berusia 10 bulan itu.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek berbohong berhubung kenyataannya yang memaklumkan bayi itu dan dua lagi anak teman wanitanya masing-masing berusia lima dan tiga tahun dijaga oleh pengasuh,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, pemeriksaan doktor terhadap bayi berkenaan mendapati buah pinggang mangsa tidak dapat berfungsi akibat kecederaan dialami.

Manakala, pemeriksaan doktor terhadap dua adik beradik mangsa mendapati terdapat kesan dera lama, katanya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan ibu mangsa sama ada dia turut terbabit dengan kejadian itu,” katanya.

Sebelum ini, wanita berusia 21 tahun dan teman lelakinya ditahan di dua lokasi berasingan di Kajang dan Ampang, Sabtu lalu selepas dipercayai mendera bayi berkenaan, lapor Harian Metro.

Pemeriksaan terhadap bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian perut, belakang badan dan telinga, selain pendarahan pada kemaluan mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here