Lelaki 62 tahun dijemput ajal ketika sedang langgan pelacur

0
2030

RIAU – Seorang lelaki berusia 62 tahun maut selepas dikatakan terlalu ghairah melakukan hubungan seks di sebuah hotel bajet di bandar Pekanbaru, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi waktu tempatan itu, Saridin Sinaga, 62, mati dalam keadaan separuh bogel ketika mengadakan hubungan seks dengan pelacur wanita berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Yuni.

Lapor portal Metrosahan.com, pelacur wanita itu pada mulanya mengingatkan mangsa agar tidak melakukan seks kerana mereka difahamkan telah melakukannya sebanyak enam kali.

Namun, mangsa yang enggan menerima teguran Yuni itu dikatakan masih tidak puas dan meminta sekali lagi.

Pada ‘pusingan ke tujuh’, Saridin secara tiba-tiba mengadu kekejangan pada bahagian kaki sebelum rebah tidak sedarkan diri di atas badan wanita itu.

“Kira-kira 15 minit ketika melakukan seks, dia tersungkur, kemudian matanya memandang ke atas dan suaranya seperti orang yang sedang berdengkur,” kata Yuni.

Melihatkan mangsa yang tersungkur tidak sedarkan diri, wanita itu terus panik dan segera memaklumkan pihak hotel yang kemudian menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan.

Pihak Polis Daerah Tanah Rendah yang menerima panggilan dari pihak hotel terus ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang tidak berpakaian sudah meninggal dunia.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan perubatan. Bagaimanapun, punca kematian masih sedang disiasat,” kata seorang jurucakap polis Tanah Rendah.

Turut ditemui dalam bilik hotel berkenaan dua botol Bir hitam dan sebuah telefon bimbit.

Menurut Yuni, mereka sudah beberapa kali melakukan hubungan seks sejak berkenalan tiga bulan lalu di sebuah warung kopi. – MYNEWSHUB.CC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here