Lambakan udang di Dungun bukan disebabkan air pasang besar

0
2689

Punca utama yang menyebabkan lambakan udang di Pasar Dungun adalah kerana daerah ini mempunyai lesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) paling banyak berbanding daerah lain.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali berkata ia sekaligus menafikan bilangan udang yang banyak berpunca daripada fenomena air pasang besar atau banjir.

“Di Terengganu, terdapat 72 bot yang diberi lesen PTMT. Dungun adalah daerah tertinggi yang mempunyai lesen itu iaitu sebanyak 25 diikuti Kemaman (18), Besut (15), Kuala Terengganu (sembilan), Setiu (empat) dan Marang (satu).

“Sebanyak 53.2 tan metrik udang telah didaratkan di seluruh Terengganu sepanjang Disember lalu dengan Dungun mendaratkan jumlah tertinggi sebanyak 37.5 tan,” katanya semalam selepas isu lambakan udang di Dungun yang dijual harga murah yang menjadi tular di media sosial.

Menurutnya, Jabatan Perikanan hanya mengeluarkan lesen PTMT ketika musim tengkujuh iaitu daripada November sehingga Februari sahaja.

“Ketika ini, udang bersaiz sederhana dijual RM20 sekilo (anggaran 25 ekor), udang putih sedang pula RM55 sekilo (anggaran 10 hingga 15 ekor) dan udang harimau (RM80 sekilo),” katanya. – sumber terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here