KUTIP DANA, WALHAL BAGI TUJUAN SENDIRI

0
180

Selepas kutip RM1.5 juta dan membayar hanya RM300,000 kalah kes saman National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Rafizi Ramli sekali lagi melancarkan kutipan melalui “crowdfunding” untuk Invoke.

Kali ini, Naib Presiden PKR itu menjadikan alasan mengutip dana kononnya untuk membayar kepada kira-kira 30 orang wakil rakyat dan calon-calon prospektif pilihan raya Pakatan Harapan (PH) pada PRU 14.

Ahli Parlimen Pandan itu dalam kenyataan hari ini berkata, Invoke berharap mengutip RM5 juta lagi daripada orang ramai yang akan digunakan untuk membantu 53 calon pada pilihan raya umum akan datang.

Rafizi berkata jumlah itu akan dibelanjakan untuk sukarelawannya, penyelenggaraan 17 pejabat di seluruh negara, dan gaji untuk 102 kakitangan.

Beliau menganggarkan bahawa RM3.5 juta akan diperlukan untuk perbelanjaan operasi bulanan, sementara baki RM1.5 juta akan dibelanjakan untuk kempen khusus.

Katanya, Invoke berkempen untuk mengketepikan BN dengan tumpuan ke atas sekitar 50 kerusi parlimen yang dimenangi tipis pada tahun 2013.

“Sekiranya Invoke perlu bertahan sehingga Julai 2018, bermakna Invoke perlu pembiayaan untuk lapan bulan lagi.

“Justeru, Invoke bakal melancarkan kempen pembiayaan daripada orang awam terbesar yang pernah kami usahakan,” katanya merujuk projek akan dilancarkan petang ini.

Senang sungguh pemimpin pembangkang yang kononnya berjuang untuk rakyat.

Kali ini, rakyat pula perlu menyumbang kepada mereka untuk bertanding pada PRU 14.

Lebihan kutipan sumbangan RM1.5 juta selepas ditolak RM300,000 yang dibayar kepada NFC belum pun Rafizi perincikan penggunaannya namun beliau sudah mahu membuat kutipan baharu.

Persoalannya siapakah lebih mendapat manfaat jika berjaya jumlah RM5 juta dikutip, sedangkan sebelum ini rakyat sudah didedahkan bagaimana perbelanjaan invoke membayar kakitangan dan Rafizi sendiri.

Lagipun, dengan sumbangan daripada rakyat itu kelak, apa janji mereka yang terpilih dan menang pada PRU 14 akan membawa atau membela nasib rakyat di Parlimen?

Umum tahu, sebilangan besar ahli-ahli parlimen PH hanya membawa isu nasional bukan itu setempat atau masalah rakyat di kawasan masing-masing seperti dilakukan oleh wakil rakyat BN.

Justeru, kepada rakyat Malaysia, berfikirlah secara waras sebelum menyumbang kepada Invoke apatah lagi pemimpin pembangkang mendakwa rakyat kini susah akibat kemelesetan ekonomi tetapi dalam masa sam Rafizi meminta sumbangan pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here