Korea Utara ugut musnahkan Jepun dengan nuklear

0
1113

PYONGYANG, KOREA UTARA – Pyongyang mengugut untuk menggunakan senjata nuklearnya keatas Jepun selepas negara tersebut cuba meyakinkan dunia supaya memaksa Korea Utara menghentikan program nuklearnya.

Menurut laporan International Business Times, Korea Utara membuat ugutan tersebut melalui artikel yang disiarkan Agensi Berita Korea (KCNA).

“Tokyo, mangsa pertama senjata nuklear mungkin akan menghadapi kemusnahan (melalui senjata nuklear) sekali lagi,” kata kenyataan tersebut.

September lepas, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang hadir ke mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.

Dalam mesyuarat tersebut, Shinzo menggesa tekanan diberikan kepada Korea Utara dan bukannya diajak berdialog.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe

Ketika ini, PBB telah mengenakan beberapa sekatan terhadap Korea Utara sebagai tekanan untuk negara tersebut menghentikan program nuklearnya.

Dalam kenyataan KCNA lagi, Shinzo dituduh ‘mempunyai sasaran tidak elok dalam politik negaranya’ dengan menaikkan kos pertahanan negara Jepun dan mengadakan pilihan raya mengejut.

“Tiada siapa tahu bila situasi kecam-mengecam ini akan menjadi perang nuklear, jika ia terjadi, Jepun akan terbakar dalam masa sesaat,” kata kenyataan KCNA lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here