Kisah ‘The Pocket Rocketman’ bakal ke layar perak 2019

0
254

KUALA LUMPUR – Terkenal dengan jolokan The Rocket Rocketman, kisah kehidupan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang bakal difilemkan dalam Biopik Azizulhasni Awang.

Diangkat sebagai ikon negara, filem Biopik Azizulhasni Awang akan dihasilkan menerusi kerjasama ThereeSixty Management, UniTalent Sdn. Bhd. dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Filem tersebut diangkat berdasarkan kisah sebenar dan pengalaman Azizulhasni sejak kecil sehingga berjaya meraih gelaran jaguh dunia selain turut diselitka dengan nilai patriotisme, perpaduan kaum dan percintaan.

Secara peribadi Azizulhasni sendiri berasa bangga dan gembira apabila mengetahui kisah hidupnya akan difilemkan ke layar perak.

“Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu bagi menjayakan filem ini dan diharapkan ia bakal menjadi inspirasi dan motivasi kepada terutama golongan belia,” katanya yang ditemui pada majlis sidang akhbar Azizulhasni Awang di sini hari ini.

Bakal diarahkan oleh Raja Mukhriz, filem berkenaan dijangka menelan belanja sebanyak RM6 juta serta dijadualkan menemui penonton pada pertengahan 2019 depan.

Barisan pelakon yang bakal membintagi biopik berkenaan masih dalam peringkat perbincangan selain bakal menjalani sesi uji bakat.

Selain Azizulhasni, atlet lain yang turut diangkat ke layar perak ialah pemain badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei yang bakal bertemu penonton pada 9 Mac depan.

Peminat badminton berpeluang menjadi penonton pertama melihat tayangan sulung filem berdurasi 133 minit itu di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here