Kampung Baru, Kemasik johan Anugerah Desa Perdana 2017 peringkat kebangsaan

0
2328

Kampung Baru Kemasik, Kemaman menjadi Johan dalam pertanding Anugerah Desa Perdana peringkat kebangsaan 2017 dengan membawa pulang wang tunai RM 100 ribu dan RM 600 ribu untuk pembangunan.

Manakala naib johan membawa pulang wang tunai RM 50 ribu serta RM 250 untuk projek pembangunan desa dan tempat ke 3 RM 30 dan RM 100 ribu untuk projek pembangunan.

Hadiah kemenangan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Turut bersama Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung Baru Kemasik.

Anugerah Desa Perdana merupakan program bagi menyemarakkan pemerkasaan masyarakat adalam kalangan penduduk kampung dan bertujuan melahirkan masyarakat desa berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan mempunyai disiplin kerja tinggi.

Ia juga bertujuan untuk menyuburkan lagi semangat patriotisme dan nilai-nilai murni serta memastikan kelestarian dalam aspek sosial dan ekonomi kampung.

Sebelum ini dalam satu majlis berasingan, Dato’ Seri Ismail Sabri berkata faktor penentu kejayaan sesebuah kampung, rumah panjang dan institusi masyarakat sangat bergantung kepada kecekapan kepimpinan atau urus tadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Kementerian sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan JKKK. Oleh itu, seramai 3,000 JKKK dilibatkan bagi mengikuti kursus Sijil Tadir Urus Desa yang modulnya dilaksanakan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Pada majlis itu, kategori Kampung Tradisional dimenangi Kampung Endah, Sepang selaku johan di Selangor, Kampung Sungai Buloh, Alor Gajah (Melaka), Kampung Gemencheh Lama, Tampin (Negeri Sembilan) dan Kampung Parit Puteri Menangis, Pontian (Johor) .

Bagi kategori Kampung Orang Asli pula, Kampung Bukit Tadom, Kuala Langat muncul juara di Selangor, Kampung Bukit Kepong, Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Kampung Pengkalan Tereh, Kluang (Johor).

Kesemua johan membawa pulang sijil, piala dan wang tunai RM12,000. – Terengganu Times.

Berita Selanjutnya Menyusul…..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here