Kerajaan Terengganu dipuji laksanakan Ikrar Bebas Rasuah

0
562
Majlis Ikrar Bebas Rasuah kakitangan Kerajaan dan GLC hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan kepimpinan kerana semua jabatan, agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di bawah kerajaan negeri berjaya mencapai 100 peratus mengadakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad usaha ini wajar dipuji dan dicontohi oleh negeri lain selepas kerajaan negeri Terengganu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memerangi rasuah.

‘Saya ucapkan Syabas dan Tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu merupakan negeri pertama dalam Malaysia yang telah mencapai 100 peratus agensi kerajaan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Terengganu termasuk juga syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan negeri yang mencapai tahap 100 peratus yang mengadakan Ikrar Bebas rasuah’.

‘Hebat dan terima kasih yang menunjukkan komitmen yang tidak berbelah-bagi oleh kepimpinan kerajaan negeri di bawah kepimpianan oleh Datuk Seri MB untuk memastikan bebas rasuah dan ini yang kita perlukan kita tunjukkan peringkat awal ni bawah ini komitmen kesungguhan telah berikrar untuk memastikan bahawa kerajaan kerajaan negeri Terengganu jabatan-jabatan agensi-agensi syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan negeri akan Bersih dan bebas daripada gejala rasuah dan salahguna kuasa’.

‘Ini adalah suatu pencapaian yang terbaiklah bagi saya di peringkat negeri dan dan saya mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Datuk Seri dan juga kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan memastikan di peringkat negeri Terengganu ini telah berjaya dan saya juga nak menyatakan di sini juga keahlian Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) negeri Terengganu adalah negeri yang saya percaya adalah negeri yang antara yang mempunyai ahli yang tertinggi’, katanya selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah kakitangan Kerajaan dan GLC di Dewan Besar, Wisma Darul Iman sebentar tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Tambahnya, SPRM menghargai sokongan yang diberikan oleh semua rakyat Terengganu dalam membantu memerangi jenayah rasuah sehingga ke peringkat akar umbi..

‘Ia menunjukkan bahawa Inilah komitmen dan sokongan dan dokongan yang diberikan oleh rakyat negeri Terengganu kepada SPRM dalam usaha memastikan negara secara keseluruhannya bebas drpd gejala rasuah dan salah guna kuasa’ tambahnya.

‘Sebagaimana yang dinyatakan bahawa kalau kita nak memastikan negara kita bebas rasuah dan seluruh rakyat Malaysia harus memainkan peranan masing-masing bagi rakyat Malaysia secara amnya berpegang kepada kempen 3J yang dilaksanakan oleh SPRM iaitu Jangan hulur Jangan kautim Jangan Settle manakala bagi penjawat awam berpegang dengan 3K iaitu Anda Hulur Kami Tolak, Anda Hulur Kami Lapor dan Anda Hulur Kami Tangkap’, tambahnya. – sumber Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here