Kerajaan Terengganu amalkan politik matang – Nasrudin Hassan

0
488

KUALA NERUS: Kerajaan negeri memberi kerjasama penuh kepada PAS untuk menganjurkan himpunan hijau sempena program Fastaqim 2.0 yang akan diadakan selama dua hari mulai Jumaat ini di Pantai Tok Jembal, di sini.

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, antara agensi kerajaan negeri yang memberi kerjasama kepada PAS untuk melancarkan program itu adalah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus.

Katanya, PAS meminta pengunjung terutamanya ahli parti dari seluruh negara yang akan menyertai program itu menjaga disiplin dan tidak menghiraukan pelbagai provokasi yang dijangka dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“PAS memberi jaminan himpunan hijau sempena program Fastaqim 2.0 diadakan secara aman walaupun kerajaan negeri juga turut menganjurkan dua aktiviti pelancongan termasuk kejohanan payung terjun peringkat kebangsaan dan Jom Heboh,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak program Fastaqim 2.0, di sini, petang ini.

Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang dan pengerusi jawatankuasa induk program Fastaqim 2.0 peringkat negeri, Satipul Bahari Mamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here