Kerajaan negeri bakal saman pengeluar bas amfibia

0
914
Majlis Khatam Al-Quran Pelajar KAFA peringkat negeri Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak semalam. 

Kerajaan negeri bakal saman pengeluar bas amfibia

Kerajaan Negeri memberi tempoh sehingga akhir bulan ini kepada syarikat pembuat bas amfibia (amphicoach) untuk menghantar kenderaan berkenaan atau berdepan tindakan saman jika gagal berbuat demikian.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, mengikut makluman terbaru bas berkenaan masih berada di negara Malta dan kini berdepan masalah operasi penghantaran ke negara ini.

Tegas beliau, situasi terkini adalah masalah di pihak pembekal dan bukan masalah pada kerajaan negeri.

‘Bas amfibia sampai hari ini kita belum terima dan kita telah beri kata dua kepada pembekal kalau mereka tidak dapat hantar sehingga akhir bulan ini maka kita akan saman balik pada syarikat ini’.

‘Jadi kita tak kompromi tentang hal ini dan kita memang menunggu kerana janji-janji yang tersebut dan kita dapati ada masalah teknikal tapi masalah teknikal telah selesai kerana sy difahamkan ada masalah penghantaran dan ini soal pembekal dan bukan soal kita’.

‘Bas berkenaan masih kat Malta dan katanya bas dah siap dan kini mempunyai masalah penghantaran dan ini masalah daripada pihak pembekal’.

‘Saya telah mengarahkan JKR dan penasihat undang-undang negeri untuk mengambil undang-undang yang sewajarnya terhadap mereka’ katanya selepas merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Pelajar KAFA peringkat negeri Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak semalam.

Bas amfibia ditempah tiga tahun lalu yang melibatkan kos RM3 juta untuk kegunaan sektor pelancongan selain membantu menyelamat mangsa banjir.

Mengikut perjanjian bas itu dijangka tiba di Terengganu pada pertengahan tahun ini yang tidak melibatkan sebarang tambahan kos namun pihak pembekal di Malta mengalami masalah teknikal dan gagal menyerahkannya mengikut jadual. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here