*KERAJAAN BN Terengganu CAKNA Rakyat*

0
360

TERENGGANU adalah negeri yang sangat bertuah kerana memiliki pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan dan kecaknaan kepada rakyatnya yang mana telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional(BN) selama ini.

Pelbagai program yang diwujudkan untuk rakyat yang mana telah dinikmati secara terus kepada rakyat seperti Bantuan Sekolah atau Pakaian Sekolah (RM200), Bantuan Raya Aidil Fitri dan Tahun Baru Cina (RM300 – RM 400)dan dana Transformasi Orang Muda atau TOM (RM 200) setiap orang ataupun ketua keluarga yang berkelayakan mengikut syarat yang ditetapkan kerajaan BN Terengganu.

JUMLAH keseluruhan setiap tahun bagi ketua isi rumah berpendapatan rendah bawah RM 2500 sebulan telah mendapat sebanyak RM 600 dan bagi golongan belia bujang berumur 21 tahun hingga 40 tahun sebanyak RM 200 dan tidak termasuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diagihkan oleh kerajaan BN pusat.

Kecaknaan kerajaan BN kepada seluruh rakyatnya dan pastinya dapat dirasai setiap tahun bermula tahun 2005 hingga kini lebih kurang hampir 13 tahun dilaksanakan terus kepada rakyat.

Terkini telah dibuka pendaftaran untuk dana bantuan pakaian sekolah untuk sesi 2018 dan diperuntukan sebanyak RM 14 juta bagi dinikmati 120,000 pelajar seluruh Terengganu dan mengikut rekod 4 tahun sebelum ini kerajaan BN Terengganu telah mengagihkan dana sebanyak RM10.5 juta (2017), RM10.4 juta (2016), RM10.1 juta (2015) dan RM9.4 juta (2014).

*TERIMA KASIH KERAJAAN BN TERENGGANU*

Sehubungan dengan itu, kini sedang dibuka pendaftaran online bagi dana bantuan sekolah bagi sesi 2018 yang bermula 5 Oktober lalu hingga 31 Oktober 2017.

Bagi permohonan baru, rakyat diminta mengisi data penuh mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan membuat salinan(cetakan) untuk disahkan oleh J3K setempat dan seterusnya Pejabat Daerah mewakili kerajaan BN Terengganu.

Manakala bagi permohonan sedia ada, pemohon perlu mengemaskini pemohonan semasa dan membuat cetekan sebagai rujukan agar tiada keciciran berlaku kepada permohonan tersebut. (http://danattb.terengganu.gov.my/)

Pengagihan bantuan persekolahan sebanyak RM100 setiap seorang diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah secara tunai.

Kaedah pengagihan secara tunai ini akan di selaraskan oleh pejabat daerah melalui majlis pengagihan yang akan mengikut Dun masing-masing bagi memastikan bantuan ini dimanfaatkan sebaik mungkin. -Terenggganu Times

#TerimaKasihKerajaanBNTerengganu
#TerimaKasihMB
#TerengganuMolekDoh
#TMB

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here