Kempen Solat Subuh Berjemaah, Sunat Dhuha Jumaat ini

0
199

Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengadakan program Solat Fardhu Subuh dan Solat Sunat Dhuha Perdana secara berjemaah pada pagi Jumaat 13 Oktober ini.

Majlis akan diadakan di Masjid Nur Bakti Kampung Wakaf Baru Kuala Nerus bermula solat Subuh diikuti tazkirah dan kemudian solat sunat Dhuha.

Tazkirah akan disampaikan Ustaz Abdul Halim Awang.

Kerajaan negeri telah menganjurkan kempen Solat Subuh dan Solat Dhuha Perdana secara berjemaah di seluruh daerah yang antara lain bertujuan memupuk masyarakat untuk sentiasa mengimarahkan masjid dan surau selain dapat mengukuhkan perpaduan dan ukhwah Islamiyah umat islam di negeri ini. – Terengganu  Times

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here