26 C
Kuala Terengganu
Tuesday, 19 December 2017
Home Dalam Negeri Kelab Alumni Program Khas Haji PM Terengganu dilancar

Kelab Alumni Program Khas Haji PM Terengganu dilancar

0
132

Terengganu menjadi negeri pertama melancarkan Kelab Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1Malaysia Development Bhd., (1MDB) di sini hari ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi program berkenaan, Datuk Jailani Ngah.

Menurut Jailani, sejak 2011 hingga kini terdapat seramai 449 alumni haji di negeri ini yang mendapat manfaat daripada program khas tersebut.

“Serentak penubuhan kelab ini, maka seorang pengerusi akan dilantik dalam kalangan alumni dan individu itu berpeluang untuk menunaikan haji buat kali kedua.

“Secara keseluruhannya kita memiliki seramai 5,711 alumni di seluruh negara dan pelancaran di setiap negeri akan diselesaikan sebelum Februari tahun depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Program Khas Haji Perdana Menteri 8.0 di Hotel TH di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here