Johari Asmat diberi masa 3 hari, jika tidak undang-undang menyusul – YB Bazlan

0
837

“Sebelum ini saya berdiam diri dengan apa sahaja yang dilontarkan oleh kaki garis masa muka buku (FB) dengan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap saya,

“Tetapi kali ini pemilik akaun FB Johari Asmat memang sudah melampau dan memfitnah saya menerima wang dari kontraktor menyedut pasir disini dengan jumlah RM 20,000,

“Jadi, saya beri tempoh tiga hari kepadanya untuk menarik balik status di Facebooknya dan jika permintaan ini tidak dituruti, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana memfitnah,”katanya kepada Terengganu Times.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman memberi tempoh tiga hari kepada Johari Asmat untuk menarik balik kenyataan menuduh beliau bersekongkol dengan sebuah syarikat, De Jaya Enterprise untuk memindahkan pasir tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Bazlan berkata, syarikat kontraktor milik Awang Ismail, 50, itu sebenarnya telah diberi kelulusan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan jabatan teknikal untuk kerja-kerja pengambilan pasir bagi pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus.

“Saya sendiri telah meninjau ke lokasi seperti yang didakwa oleh Johari dan mendapati syarikat itu beroperasi secara sah dan mendapat kelulusan pihak berwajib.

Sementara itu, Awang turut menafikan ada kaitan dengan mana-mana ADUN termasuklah Bazlan sendiri dalam mendapatkan projek tersebut.

Katanya, selain mendapat kelulusan pihak kerajaan, pihaknya juga mendapat kebenaran pihak JKKK kawasan tersebut untuk melalui jalan kampung bagi membawa keluar pasir pantai.

“Memandangkan kawasan ini ini ada mendapan pasir yang banyak, kita cuba menggali bergantung kepada keperluan semasa. Atas nama Melayu dan Islam, saya memohon agar pihak berkenaan menarik balik dakwaan yang tidak berasas ini. Saya juga tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak terbabit sekiranya pemintaan ini tidak dipatuhi,” katanya.

link 1 : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=462507024142998&set=a.176131736113863.1073741827.100011511124900&type=3&theater

link 2 : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=463290114064689&set=a.176131736113863.1073741827.100011511124900&type=3&theater

FB akaun : https://www.facebook.com/johari.asmat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here