Jijik! Wanita ini makan tahi sendiri sejak 13 tahun lalu

0
492

SESETENGAH orang mempunyai hobi yang pelik dengan memakan sesuatu yang tak boleh dimakan seperti rambut, batu bata, pelbagai jenis skru, sabun, kaca dan banyak lagi.

Paling menggelikan, seorang wanita ini yang bukan saja mengumpul tahi sendiri tapi dia juga makan tahinya sendiri sejak 13 tahun lepas.

Wanita tersebut dikenali sebagai Shanna, tinggal bersama ibunya di Washington, Amerika Syarikat, selesa hidup bersama tahi sendiri.

Dia dikesan menghidapi hoarders iaitu suka mengumpul sesuatu hingga memudaratkan diri sendiri dalam keadaan mental yang kurang sihat.

Menurut Shanna, rumah didiaminya tiada sistem kumbahan menyebabkan dia terpaksa mencari jalan bagaimana cara untuk membuang najisnya.

Jelasnya, dia akan membuang air besar di dalam sebuah baldi besar dan kemudian akan dituang dalam beberapa botol jika ianya penuh.

Oleh itu, terdapat banyak botol bersaiz besar yang dipenuhi najisnya sendiri serta mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Oleh kerana terlalu lama hidup bersama najis sendiri, Shanna tidak dapat membezakan yang mana betul atau tidak serta baru mengetahui najis manusia sebenarnya mengeluarkan bau.

Pengusaha Clutter Cleaner, Matt Paxton, melawat Shanna dan menasihati ahli keluarganya yang lain semasa ahli keluarga Shanna dipanggil untuk melihat keadaan Shanna di rumahnya bersama seorang pakar terapi psikologi, Doktor Robin Zasio.

Mereka melihat bagaimana Shanna membuat demonstrasi cara menuangnya ke dalam botol daripada baldi besar itu. Gelinya!

Malah, dia menganggap makanan berbungkus dengan plastik adalah bersih dan dia juga akan makan roti yang sudah berkulat selepas membuang kulat di atas roti tersebut selain makan tahi dan air kencing sendiri.

Kini, Shanna sedang menjalani pemulihan mental dan ahli keluarga menempatkannya di rumah lain sementara mencari pusat mental yang sesuai untuknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here