*Jentera Siber UMNOBN Jangan Ikut Pembangkang Buat FITNAH – Ahmad Maslan*

0
227

Kuala Terengganu : Jentera Siber UMNO Barisan Nasional (UMNOBN) diseluruh negara diminta agar tidak mengikut jejak jentera siber pembangkang dalam menyebarkan fitnah dilaman media sosial.

Pengerusi Biro Informasi dan Teknologi (Biro IT) UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, banyak perkara lain yang boleh dibangkitkan terutama berkaitan kejayaan pemimpin parti dan pembangunan negara yang semakin maju.

Katanya, beliau yakin Jentera Siber UMNOBN mempunyai banyak modal kerana setiap hari pelbagai program dan aktiviti yang dirangka kerajaan  untuk kebaikan rakyat berbanding pembangkang yang kini semakin kehabisan modal dan hanya memutar belitkan fakta.

“Berbanding pembangkang, mereka tiada program dan aktiviti turun padang sepertimana yang dilakukan pemimpin kita, sebab itu mereka akan mencari jalan menfitnah kita dengan apa cara sekalipun bagi mengaburi mata rakyat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Bengkel Teknikal Maya (BTM) peringkat negeri Terengganu di Permai hotel disini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri berkata jentera Siber UMNOBN perlu menyebarkan berita kebaikan terutama membabitkan perkara  baharu  sebelum menjelangnya pilihanraya umum (PRU) tidak lama lagi.

“Kalau kita lihat, apa apa sahaja yang berlaku pasti akan menjadi viral dan fitnah kepada pemimpin UMNOBN, saya juga tidak lari daripada tempias itu, ini menandakan pembangkang sudah sedia maklum PRU makin dekat, jadi kerja mereka hanyalah menyebarkan fitnah.

“Saya harap, kita dapat perangi fitnah media sosial dan minta jentera siber UMNOBN  memerangi fitnah media sosial ini yang dibuat oleh pihak pembangkang kerana kita ada banyak perkara yang boleh disebarkan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, bagi peringkat negeri Terengganu hari ini telah menerima penyertaan seramai 160 orang peserta dari seluruh bahagian UMNO.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here