Jenazah ‘Budaq’ selamat dikebumi

0
546

KUALA TERENGGANU – Jenazah Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kuala Ibai, Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, yang meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan anaknya dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Kuala Ibai, di sini, pagi tadi, selamat dikebumikan, petang ini.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Pauh, Kuala Ibai, yang terletak bersebelahan rumahnya kira-kira jam 6 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Ahmad Fakhrurazi atau mesra disapa Budaq di kalangan rakan-rakanya telah disembahyangkan di Masjid Tengku Sulong, dengan dihadiri lebih 200 jemaah selepas selesai menunaikan solat Asar.

Hampir 300 orang terdiri daripada ahli keluarga memberi penghormatan kepada Allahyarham, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Ibai.

Turut kelihatan, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Azan Ismail.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi tadi, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil memeluk anaknya, Muhammad Aqil Harith, 3, di halaman rumah oleh anak saudaranya.

Baca: Meninggal dunia cuba selamatkan anak dalam kebakaran

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik pasukan perubatan tiba di lokasi untuk memberikan rawatan kecemasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here