Jangan sampai Tabika dikunci lagi

0
2313

Sudah 19 tahun berlalu tetapi masih kekal dalam ingat apabila berlaku tsunami politik tanah air pada pilihanraya ke 10 pada tahun 1999.

Terengganu mempunyai sejarah yang tersendiri dan banyak berlaku kezaliman kepada rakyatnya dari sekecil-kecil rakyat hingga ke warga emas yang daif.

Mereka tidak terlepas dari kerakusan kuasa yang dimiliki kerajaan negeri ketika itu dibawah pentadbiran Parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang mana mengusai kerajaan dengan majoriti 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu 1999 hingga 2004.

Ketika itu juga detik sejarah rakyat negeri Terengganu bermula dengan siri kezaliman demi kezaliman dari pemimpin yang tahu hukum hakan agama Islam tetapi sebaliknya berlaku.

Bermula malam pertama selepas pengumuman atau peristiharan kemenangan Pas Terengganu dengan merantai pintu pagar utama Wisma Darul Iman, merampas kereta-kerata exco kerajaan ditengah jalan dan juga mengistiharkan sebelum ayam berkokok hukum HUDUD dilaksanakan di bumi Terengganu.

Selepas itu, bermula episod kezaliman Pas Terengganu kepada rakyatnya dengan sekecil-kecil manusia sehinggakan ke warga emas yang daif dan uzur.

Baca disini : Sejarah Negeri Terengganu

Iman dan bilal masjid serta surau dipecat sesuka hati kerana dikatakan tidak menyokong Pas semasa pilihanraya ke 10 ketika itu dan juga wang zakat kepada fakir miskin turut diberhentiakan.

Perjuangan untuk menegakan Islam yang dilaung-laungkan Pas sebelum itu hanyalah retorik semata-mata kerana apabila berkuasa ianya menjadi syaiton yang menguasi bumi.

Rakyat yang teraniaya, penganguran meningkat dan masalah sosial berlelusa apabila kuasa bersama pembohong agama Pas menguasai kerajaan negeri.

Hari ini mereka tampil mengemukakan tawaran janji pilihanraya sama seperti 1999 dahulu yang mana ketika itu juga hanya retorik pemimpin Pas untuk menguasai kerajaan sekaligus bersenang lenang dengan harta kerajaan sehinggakan ada dari kalangan mereka menjadi jutawan segera.

Dan ketika itu juga dikatakan Menteri Besar mempunyai jokong emas bernilai jutaan ringgit yang tersimpan rapi di dalam almari dikediamannya di Kampung Rusila Marang yang mana dikatakan juga hasil dari seorang saudagar dari negeri Kelantan.

Malangnya rakyat Terengganu yang menanggung diatas kerakusan parti Islam itu dengan pelbagai kezaliman kepada rakyat negeri Terengganu. Adakah rakyat lupa akan peristiwa itu.

HALAU KANAK-KANAK TABIKA KEMAS

Bila mahu bertindak zalim, Pas tak kira siapa. Walaupun kanak kanak, Pas terus bertindak. Bagi Pas, tak ada gunanya ‘menyimpan’ baka UMNO.

Seolah-olah orang UMNO tidak seagama dengan mereka. Akibat dari tindakan jahat tersebut, kanak- kanak pra sekolah terpaksa berpindah. Patutkah kanak kanak menjadi mangsa?

Tetapi inilah corak dendam Pas yang terlalu kuat. Dendam Pas yang tidak akan berkesudahan.

Sejarah ini berlaku kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak berusia 5 hingga enam tahun yang belajar di Tabika Kemas seluruh negeri Terengganu.

Ada dari kalangan mereka terpaksa belajar di rumah usang, di bangsal keropok, di kedai-kedai kopi dan primes asal meraka dirantai oleh ahli dan pemimpin Pas yang berkuasa ketika itu(1999-2004).

Kelas-kelas jahitan juga tidak terlepas ianya dikunci serta dirantai oleh jentera Pas di setiap kampung.

Kini 10,000 orang tersebut yang kini berusia 24 hingga 25 tahun akan keluar mengundi dan bangkit menebus kembali kezaliman yang mereka terima sebelum ini.

Menurut salah seorang pelajar Tabika Kemas pada 1999 dahulu Mohd Rohaifi Majid dari Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus berkata, melihat gambarnya yang disimpan ibu dan yang berada berada di alam maya kini, hatinya amat pedih kerana mengenangkan peristiwa yang berlaku 19 tahun dahulu.

Katanya, walaupun beliau ingat tidak ingat pada masa itu, gambaran itu jelas membuatkan hati terluka apabila gambarnya yang dihalau keluar dari Tabika Kemas ketika itu.

“Saya amat terluka hati kerana melihat perbuatan yang dilakukan mereka yang melaungkan perjuangan Islam tetapi tidak mengamalkannya dengan baik”

“Apa salah kami dan keluarga sehingga diperlakukan seperti binatang apabila dihalau tanpa belas kasihan”

“Kami sebagai rakyat Terengganu mahukan pendidikan yang sempurna dan selesa, kenapa mereka sanggup berbuat demikian? Adakah Islam mengajar seperti itu?”, soalnya.

Dalam pada itu beliau berkata, kini kami kira-kira 10 ribu orang yang layak mengundi kali pertama akan keluar membuang undi apa pru ke 14 berlaku nanti.

“Kami akan berikan kepada parti yang boleh menjaga kebajikan dan keamanan kepada semua rakyat dan bukan hanya pandai bercakap kosong menyalahkan orang ini… orang itu…”

“Kami sudah boleh berfikir dengan matang, parti mana yang boleh memberi kebaikan kepada semua dan bukan kepada penyokong mereka sahaja sepertimana berlaku 19 tahun dahulu”

“Tunggulah… sampai masanya kami akan buktikan apa yang kami kata, kami tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada adik-adik kami sepertimana berlaku kepada kami dahulu…”, ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here