Izreen berang foto peribadi bersama suami tersebar

0
3360

Pelakon Izreen Azminda kecewa kerana fotonya tidak bertudung di rumah, disebar ke media sosial.

Pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkap menganggap foto yang didakwa dirakam sebelum perkahwinannya, sebagai fitnah “manusia berhati binatang”.

“Nama pun kat rumah… takkan nak pakai jubah. Bukan di luar dan memfitnah gambar itu sebelum kami berkahwin semata-mata untuk jatuhkan saya,” katanya.

Izreen, 32, bercadang mengambil tindakan terhadap akaun Instagram yang menyebarkan foto tersebut kerana “menjatuhkan maruahnya”.

Perkahwinannya dengan pemuzik Ude, nama sebenar, Muhammad Radzi Wahid, 29, berstatus suami anak dua pada 8 Ogos lalu, mencetus kontroversi.

Isteri pertama Ude, Intan Liana Salih, 30 tahun, hanya mengetahui perkahwinan itu sekitar empat minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here