Irwandie teruja sertai TSG musim depan

0
489

KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Irwandie Lakasek teruja untuk cuba melonjakkan lagi kariernya di pentas antarabangsa pada musim 2018.

Pelumba berusia 22 tahun kelahiran Kemaman, Terengganu itu akan menyertai pasukan berstatus benua, Terengganu Cycling Team (TSG) selama setahun.

“Ia adalah impian saya untuk menyertai pasukan seperti TSG apabila mula berkecimpung dalam sukan basikal.

“Saya akan berpeluang berlumba di perlumbaan antarabangsa di Jelajah Asia, sekali gus dapat membantu meningkatkan prestasi. Saya akan mengharungi lebih banyak perlumbaan yang mencabar. Terima kasih kepada pengurusan TSG yang memberi peluang kepada saya.

“Saya mengharapkan mampu mengukir nama dan melakarkan keputusan yang positif dalam perlumbaan yang disertai,” jelas pemenang emas Sukan SEA 2017 itu.

Secara tidak langsung menurutnya, ia bakal membantu dia untuk bersedia mewakili negara pada tiga kejohanan penting tahun depan.

“Saya dijadual menyertai Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) pada Februari, Sukan Komanwel (April) dan Sukan Asia (Ogos),” katanya.

Mengulas mengenai prestasinya tahun ini, Irwandie berpuas hati terutamanya apabila berjaya menyumbangkan emas pertama skuad berbasikal trek di Velodrom Nasional, Negeri Sembilan dalam acara scratch.

“Itu adalah sasaran utama dan ia tercapai, memang gembira. Selain itu saya turut memenangi emas di Kejohanan Trek Piala Asia di Taiwan dalam acara yang sama.

“Malah ketika perlumbaan lain seperti ACC dan Le Tour de Langkawi (LTdL), saya berpuas hati kerana mampu mempamerkan aksi terbaik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here