Individu dan Syarikat Swasta disaran Bantu Madrasah dan Tahfiz -Jailani Ngah

0
369

MARANG – Madrasatul Quran Al-Hasnah Lil Banaat terima bantuan kewangan dari Pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan membayar yuran bulan sesama belajar di situ.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri , Dato’ Jailani Ngah berkata, sumbangan ini adalah untuk pengurusan dan pentadbiran madrasah serta membantu sebelas orang pelajar yang tidak mampu membiayai yuran bulanan mereka.

Katanya, seramai tiga puluh orang pelajar perempuan yang menghuni dan belajar di Madrasah tersebut untuk menjadi hafizah memerlukan bantuan kewangan untuk menghabiskan pengajian mereka.

“ Sumbangan itu juga termasuk untuk membawa anak-anak hafizah itu ke Cameroon highland kerana itu permintaan mereka yang tidak pernah ke sana sebelum ini dan hanya habiskan masa untuk menghafal Al-Quran.

 

“ Kita juga berharap supaya ada pihak-pihak luar dan individu perseorangan serta syarikat swasta dapat memainkan peranan yang sama dan turut membantu madrasah-marasah yang ada di Malaysia dengan perkara yang disarankan oleh PM ini.

“kehadiran saya mewakili Pejabat Perdana Menteri , bertujuan untuk melihat sendiri perjalanan madrasah ini agar ianya berjalan seriring dengan hasrat kita kerajaan memartabatkan ilmu agama sebagai asas kehidupan hari ini,katanya yang mewakili pejabat Perdana Menteri kepada penulis Terengganu Times ketika melawat Madrasah tersebut yang terletak di Bukit Payung, Marang Terengganu, pada khamis (18 Oktober 2017) lalu.

Selain dari itu, Jalaini berkata, bajet 2017 sebanyak RM30 juta untuk anak tahfiz akan diusulkan supaya ditambah dalam bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pada 27 Oktober ini.

 

Tambahnya, sebanyak 600 buah sekolah tahfiz telah berdaftar , namun masih ada 1117 buah belum berdaftar dan angka ini kita perolehi dari pihak bomba selepas kejadian kebakaran sekolah tahfiz yang mengejutkan kita semua dua bulan lalu.

 

Untuk pengetahuan umum, Madrasatul Quran Al-Hasnah Lil Banaat diuruskan oleh Ustaz Ahmad Azimudin Shah Mustaffa bersama tiga orang ustazah bagi mendidik seramai 30 orang Hafizah yang berumur antara 13 sehingga 17 tahun sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here