Ikan Bakor Dapo Pata tarik pengunjung ke Uptown Kontena (4 Gambar)

0
2460
Kedai Ikan Bakor Dapo Pata jadi perhatian pengunjung ke di Uptown Kontena.
Kedai Ikan Bakor Dapo Pata jadi perhatian pengunjung ke Uptown Kontena.

Tempat bersantai Uptown Kontena di Tok Jembal Kuala Nerus terus menjadi sebutan ramai khususnya di Media Sosial kerana keunikan dan kecantikkan dekorasinya yang diwujudkan di situ.

Apa yang menarik di sini ialah sebuah kedai kontena ikan bakar bajet turut dibuka untuk memberi lebih pilihan kepada pengunjung yang datang ke lokasi ini.

Menurut pemiliknya Tengku Nadia Tg Abd Rahman, kedai yang diberi nama ‘Ikan Bakor Dapo Pata’ atau sebutan bahasa standard Ikan Bakar Dapur Pantai menjual ikan bakar pada harga yang berpatutan dan air buah segar disajikan kepada pengunjung.

Beroperasi setiap hari bermula jam 6 petang hingga 2 pagi, beliau dibantu oleh 5 orang pekerja yang komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung.

Antara menu yang ditawarkan di Ikan Bakor Dapo Pata adalah ikan cencaru, kembung dan selar yang dijual dengan harga bajet hanya RM 5 manakala harga ikan merah, bawal dan kerapu bergantung kepada harga semasa pasaran.

Antara yang menarik di kedai ini juga, persembahan ‘busking’ dinyanyikan oleh 4 anak muda tempatan yang diadakan pada setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu.

Tengku Nadia Tg Abd Rahman menolong pekerja di kedainya.
Tengku Nadia Tg Abd Rahman menolong pekerja di kedainya.
Antara menu ikan bakar yang disediakan di Ikan Bakor Dapo Pata Tok Jembal.
Antara menu ikan bakar yang disediakan di Ikan Bakor Dapo Pata Tok Jembal.
Kumpulan anak muda sedang busking kepada pengunjung Uptown Kontena.
Kumpulan anak muda sedang busking kepada pengunjung Uptown Kontena.

Nadia memberitahu sambutan pengunjung setakat ini adalah menggalakkan dan yakin Uptown Kontena mampu berkembang oleh kerana konsep hipsternya yang semakin mendapat tempat kepada pelawat terutamanya orang muda.

Selepas beroperasi lebih sebulan, Uptown Kontena pantas menjadi tumpuan umum dengan menampilkan konsep yang berbeza daripada kedai makan biasa dan sesuai dikunjungi kepada mereka yang menyukai kelainan untuk menjamu selera dalam keadaan santai dan relaks.

Tidak mustahil jika Uptown Kontena terus mendapat sambutan hebat, ia bakal menjadi salah satu daripada tarikan pelancong untuk datang ke negeri Terengganu Darul Iman –Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here