Ibu tunggal didakwa tayang punggung promosi krim pemutih

0
1503

WANITA yang mendedahkan punggungnya untuk mempromosi krim pemutih secara dalam talian telah didakwa kerana tersalah label hingga melanggar peraturan perlindungan pengguna.

Nitthakarn Nunthasuteepat dari wilayah Nonthaburi dibawa ke balai polis Bahagian Perlindangan Pengguna, daerah Lak Si, Bangkok untuk disoal siasat.

Bagaimanapun, pada Khamis, dua peguamnya telah mempersoalkan tindakan pihak polis kerana wanita itu mendedahkan punggungnya sendiri ketika mempromosi krim pemutih pada laman Facebooknya.

Ketua bahagian itu, Kolonel Chanannat Santhawanpat berkata, pihaknya pada awalnya mendakwanya kerana tersalah meletak label pada produk itu dan ia mengelirukan pengguna.

Bagaimanapun, wanita itu dibenarkan ikat jamin.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) juga akan diminta supaya memeriksa krim berkenaan sama ada ia mengandungi bahan berbahaya, termasuk jika promosinya keterlaluan.

Sementara itu, polis bahagian jenayah teknologi akan mengkaji kemungkinan untuk mendakwa wanita terlibat kerana menyiarkan gambar lucah dalam sistem komputernya.

Sementara itu, Nitthakarn berkata, media sosial digunakan untuk memperkenalkan produk itu bagi meningkatkan jualan dan kaedah itu dilakukan sejak lebih setahun lalu.

Wanita itu juga menafikan perbuatannya bersifat lucah tidak mendedahkan bahgian sulitnya, selain telah merujuk peguam mengenai perkara itu.

Ibu tunggal yang tinggal bersama anak dan ibunya juga menegaskan memiliki lesen FDA untuk produk berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here