Hudud bukan keutamaan manifesto PAS Terengganu

0
198

Baru-baru ini, PAS Terengganu telah melancarkan manifesto parti itu sekiranya memenangi PRU14 nanti.

Mereka telah menawarkan 15 janji untuk menarik para pengundi yang sebahagian besarnya telah pun dibuat oleh Kerajaan BN pada pembentangan Bajet Terengganu 2018 yang lalu.

Apa yang mengejutkan, dalam nmanifesto yang bertemakan Maju, Berkat & Sejahtera itu tidak sedikit pun memberi perhatian kepada isu hudud di Terengganu.

Tidak seperti ketika memenangi PRU pada 1999, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar ketika itu pernah berjanji untuk melaksanakan hudud.

Tetapi melihat kepada manifesto terbaru PAS Terengganu kali ini, isu hudud dipandang sepi seolah-olah tidak memberi apa-apa erti lagi kepada mereka setelah selesai memperjuangkan RUU355 di Parlimen Malaysia.

PAS Terengganu yang taksub dengan hudud pada 1999 mungkin telah memahami bahawa apa yang rakyat mahu sebenarnya adalah sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan Barisan Nasional.

Jika ini benar, maka isu hudud yang diperjuangkan PAS Teregganu sebelum ini hanyalah retorik semata-mata bagi meraih undi yang kononnya hanya mereka sahaja yang memperjuangkan Islam.

Yang jelas, Barisan Nasional telah lama memperjuangkan isu Islam walaupun parti itu tidak meletakkan perkataan Islam dalam nama parti kerana apa yang dibuat oleh BN selama ini mengikut lunas-lunas seperti yang terkandung dalam hukum Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here