Harga petrol, diesel turun minggu ini

0
583

KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 mengalami penurunan sebanyak tiga sen, manakala diesel turun tujuh sen bagi tempoh 12 hingga 18 Oktober berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam ini.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, petrol RON95 dijual pada harga RM2.16 seliter berbanding RM2.19 seliter sepanjang minggu lalu manakala petrol RON97 pula dijual pada harga RM2.46 seliter berbanding RM2.49 seliter sebelum ini.

Harga baharu diesel pula adalah RM2.10 seliter berbanding RM2.17 seliter yang dijual pada minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here