Harga petrol, diesel turun

0
955

KUALA LUMPUR – Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen dan 11 sen seliter manakala diesel turun 12 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun 10 sen daripada RM2.33 kepada RM2.32 seliter manakala RON97 turun 11 sen daripada RM2.61 kepada RM2.50 seliter.

Sementara itu, diesel turun 12 sen daripada RM2.31 kepada RM2.19 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 15 Februari hingga 21 Februari 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here