Harga petrol, diesel naik 4 sen

0
261

HARGA runcit petrol RON95, RON97 dan diesel naik empat sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik empat sen daripada RM2.20 kepada RM2.24 seliter, RON97 naik empat sen daripada RM2.50 kepada RM2.54 seliter dan diesel naik empat sen daripada RM2.13 kepada RM2.17 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 2 November hingga 8 November ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here