Hakisan Pantai Mengabang Telipot: Dakwaan PAS tidak berasas

0
687

Isu hakisan di Pantai Mengabang Telipot telah dijadikan bahan ceramah untuk menghentam kerajaan di pentas ceramah PAS baru-baru ini.

Mereka mendakwa kerajaan negeri hanya tahu membelanjakan duit sedangkan masalah tidak juga selesai.

Dakwaan itu benar-benar berniat jahat padahal kerajaan negeri telah melakukan sedaya-upaya menggunakan peruntukan khas untuk menghalang masalah itu menjadi lebih teruk.

Terbaru, pada bulan lalu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2 juta bagi mengawal hakisan buat sementara sebelum projek pulau penambak sebagai benteng pemecah ombak oleh kerajaan pusat dapat dilaksanakan.

Dan untuk pengetahuan penceramah PAS, kerajaan pusat telah memberi peruntukan keseluruhan berjumlah RM90 juta bagi menangani masalah hakisan di Mengabang Telipot sejauh 6 kilometer ini.

MB Razif pernah berkata sebelum ini, projek itu kini dalam kajian pihak JPS dan sudah berada di peringkat akhir.

Baca: https://terengganutimes.com/peruntukkan-rm90-juta-bakal-selesaikan-hakisan-pantai-tok-jembal-mb-razif

Baca: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hakisan-jps-hantar-pakar-ke-mengabang-telipot-ahmad-razif-163429

Mujurlah Terengganu ini diperintah oleh Barisan Nasional, ada juga usaha untuk menyelamatkan pantai yang terhakis kerana BN sebagai satu kerajaan yang cakna tidak akan membiarkan rakyatnya ditimpa kesusahan.

Tidak seperti di negeri jiran Kelantan. Bukan sahaja satu kampung hilang akibat hakisan malah tiada satu usaha pun dilakukan untuk menghalang kejadian yang lebih buruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here