Hadi persiap anak sebagai pengganti?

0
759

Sejak kebelakangan ini sudah nampak tanda-tanda Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadikan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai penggantinya sebagai Presiden PAS selepas ini.

Menurut bekas ahli PAS yang kini beralih kepada parti PAN, Khalil semakin kerap diberi tugas mewakili ayahnya dalam mana-mana program besar PAS.

Antaranya sebelum ini, Khalil yang juga Ketua Pemuda PAS mewakili Hadi pada program Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis yang diadakan di Masjid Putra.

Kenapa Khalil yang baru setahun jagung berkecimping dalam dunia politik diberi tugas sebesar itu?

Tindakan Hadi itu dilihat seolah-olah membelakangi pemimpin-pemimpin PAS yang lebih senior berbanding Khalil.

Menurut ahli PAS itu lagi, sudah ada bibit-bibit tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin utama PAS termasuklah seorang ahli Majlis Syura yang juga merupakan anak bekas pemimpin PAS Kelantan.

Katanya, kenapa Khalil dipilih? Adakah Hadi sudah tidak mempercayai pemimpin-pemimpin PAS yang lain atau ada agenda tersembunyi lain yang lebih besar?

Ketika ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diserang teruk oleh DAP yang menuduh ‘Amanat Hadi’ sebagai punca ahli PAS mengkafirkan UMNO dan tiada satu pun pemimpin tertinggi PAS yang mempertahankan beliau kecuali Khalil sendiri.

Ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang sedang berlaku dalam tampuk kepimpinan PAS.

Mungkin selepas ini lebih banyak tanggungjawab besar diberikan kepada Khalil oleh Hadi Awang.

Kita doakan semoga para pemimpin PAS yang lain tidak ‘makan hati’ dengan Khalil kerana yang memegang kuasa sekarang adalah Hadi iaitu bapa Khalil sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here