Gemuruh ungguli Kejohanan Piala Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus

0
1218

Pasukan Gemuruh dari DUN Tepoh juara Kejohanan Bola Sepak sebelas sebelah (11s) 2017 Piala Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus menewaskan pasukan Taman Perumahan Telaga Daing (DUN Seberang Takir) dengan jaringan 1 berbalas 0 (kosong).

Selaku juara, Gemuruh membawa pulang hadiah kemenangan RM 7000 manakala Taman Perumahan Telaga Daing membawa pulang RM 5000 selaku naib johan pada malam ini yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin (SSINS) Shah Kuala Terengganu.

Menurut pihak penganjur, kejohanan ini diadakan setiap tahun dan bertujuan untuk mengeratkan tali persaudaraan diantara pe main-pemain dan juga kepimpinan setempat terutamanya di Kuala Nerus disamping dapat membina semangat kerjasama diantara mereka yang terlibat.

Menteri Besar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus Yab Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman turut menyaksikan perlawanan tersebut dan sekaligus menyampaikan hadiah kepada kedua-dua pasukan.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus Dato’ Basir Ismail, Ketua Wanita UMNO Norhayati Ismail dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus Khairuddin Majid.

Selain itu tempat ke tiga diraih oleh pasukan Tanjung Sabtu dan bagi tempat ke empat Banggol Tuan Muda serta masing-masing membawa pulang hadiah kemenangan RM 3000 dan RM 2000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here