Gelaran ‘Freedom Of Oxford’ Aung San Suu Kyi Dilucut

0
342

SYUKUR… Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menyambut baik penarikan balik gelaran ‘Freedom of Oxford‘ yang diberikan kepada Aung San Suu Kyi oleh Majlis Bandar Raya Oxford di Britain.

Presiden organisasi antarabangsa berpusat di Melaka itu, Tan Sri Mohd. Ali Mohd. Rustam berkata, penarikan balik anugerah kehormat yang diberikan kepada pemimpin de facto Myanmar pada 1997 lalu adalah amat bertepatan.

“DMDI menyambut baik tindakan yang dilakukan oleh pihak majlis tempatan Oxford ini kerana setelah sekian lama kami mendesak ditarik balik kesemua anugerah dan penghormatan yang pernah diberikan kepada Suu Kyi.

“Malah DMDI bersama-sama lebih 20 sekretariat antarabangsa menggesa supaya pertubuhan dunia seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut berbuat demikian.

“Ia ekoran tindakan Suu Kyi yang memilih untuk terus berdiam diri dan sememangnya tidak mencerminkan beliau sebagai seorang pemimpin de factokerajaan Myanmar.

“Sesungguhnya kezaliman kerajaan Myanmar terhadap kaum Rohingya dengan pembunuhan dan pembakaran kaum Islam Rohingya yang tidak berdosa ini merupakan satu contoh terbaik agenda penghapusan ethnik (ethnic genocide),” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gelaran ‘Freedom of Oxford’ yang diterima oleh Suu Kyi ketika beliau masih berada dalam tahanan politik tentera Myanmar, ditarik balik.

Tambah Mohd Ali, DMDI mengutuk dengan sekeras-kerasnya kezaliman terhadap umat Islam di Myanmar terutamanya terhadap kaum minoriti Rohingya yang telah berterusan sejak sekian lama.

Semalam, Datuk Bandar Oxford, Bob Price mengatakan Suu Kyi ‘tidak bersuara secukupnya’ mengenai penindasan etnik Rohingya di Myanmar.

Sementara itu, kolej universiti St. Hugh’s juga menurunkan potret Suu Kyi yang digantung berhampiran pintu masuk universiti berkenaan sejak 1999.

Potret Suu Kyi yang merupakan bekas pelajar St. Hugh’s tersebut dimiliki oleh Michael Aris yang juga merupakan bekas pelajar universiti sama.

St. Hugh’s bagaimanapun tidak memberi sebab mengapa potret Suu Kyi diturunkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here