Gelar Rasulullah dengan nama Che Mat, Iqram Dinzly mohon maaf

0
972

PELAKON Iqram Dinzly membuat permohonan maaf selepas terlepas cakap memanggil Nabi Muhammad SAW dengan gelaran Che Mat.

Video Iqram menggunakan gelaran itu dirakam ketika menjadi tetamu sebuah rancangan hiburan yang disiarkan di sebuah stesen televisyen pada Ahad, dan pantas menjadi buah mulut netizen.

Ia juga dikritik seorang ustaz, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary, yang melalui satu entri di Facebook, meminta agar Jabatan Agama Islam mengambil tindakan ke atas Iqram kerana gelaran itu boleh dianggap satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

Dalam satu temu bual yang disiarkan menerusi sesi Facebook Live portal Sinar Harian selepas kejadian itu, Iqram meminta maaf sambil menjelaskan dia tidak pernah terniat untuk merendahkan apatah lagi menghina Nabi Muhammad SAW.

Apa yang terjadi, kata Iqram, berpunca daripada kelalaiannya akibat kurang tidur, selain rasa gementar apabila muncul dalam program yang disiarkan secara langsung.

“Sebelum program itu bermula, memang saya agak kelam kabut. Saya bertolak dari Perak dalam keadaan tidak cukup tidur, dan sebelum sampai ke stesen televisyen itu, tayar kereta saya pula pecah.

“Perkataan itu terkeluar tanpa sengaja dan apabila sedar, saya cepat-cepat perbetulkannya semula.

“Tiada niat langsung untuk menghina junjungan besar kita yang mulia,” kata Iqram.

Nama Iqram dipalit kontroversi selepas kerap tampil dengan aksi pelik di laman sosial sejak kebelakangan ini, malah turut dikaitkan dengan masalah psikologi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here