GASTEP B juara Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017

0
474

KUALA LUMPUR – Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP) dari Terengganu muncul sebagai juara bagi edisi kelapan Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 selepas mengalahkan Putera Darat F dalam perlawanan akhir di Quill City Mall di sini, petang tadi.

Gastep B yang dibarisi tekong, Zulkifli Abdul Razak, Mohd Lokman Hakim Yusof (apit kiri) dan Mohd Ridzuan Che Rashid (apit kanan) telah berhempas pulas sehingga ke set penentuan sebelum menang dengan kiraan 21-11, 18-21 dan 21-4.

Dengan kemenangan itu, Gastep B membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato’ Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak.

Turut hadir memberi sokongan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Belia, Sukan dan Sumber Manusia), Mohd Rahimi Ramlee; Pengerusi 4B (M) Negeri Terengganu Mohd Rosdi Mat Zin dan Pengerusi Majlis Belia Kuala Terengganu, Anas Azizul Mohamad.

Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 berjaya mengumpulkan sebanyak 334 regu dari seluruh negara sekaligus mencatat penyertaan terbanyak pernah direkodkan dalam pertandingan sepak takraw.

Lebih 1,500 pemain tempatan bakal berentap bagi mengejar ganjaran keseluruhan bernilai hampir RM65,000 dalam kejohanan ini.

Kejohanan peringkat kumpulan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri, Paroi jumaat dan sabtu manakala peringkat akhir diadakan di Quill City Mall.

Juara Kejohanan Sepak Takraw Utusan 2017 Edisi Kelapan pasukan GASTEP B bergambar bersama Dato’ Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Kiri berbaju hijau ketua jurulatih Gastep Azwan Nizam Ayob dan kanan berbaju kuning pengurus pasukan Tuan Azman Shah Tuan Alias

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here