(Gambar & Video) Hujan lebat 3 jam, Singapura dilanda banjir kilat

0
537

SINGAPURA – Hujan berterusan selama tiga jam sejak awal pagi tadi telah menyebabkan banjir kilat di kebanyakan tempat di timur Singapura.

Kawasan yang terjejas banjir kilat itu ialah di sebahagian Tampines Road, susur jalan Bedok Road/New Upper Changi Road, Jalan Nipah, simpang Sim Avenue/Tanjong Katong Road, simpang Sim Avenue/Eunos Road 8, Arumugam Road, simpang Bedok Road/Upper Changi Road East, simpang Upper Changi Road/ Bedok North Ave 4 dan simpang Tampines Ave 12.

Bagaimanapun banjir mula surut sebaik sahaja hujan berhenti dan trafik boleh dilalui.

Pada 2 Januari lalu, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA) memaklumkan cuaca di Singapura dijangka hujan pada dua minggu pertama 2018.

Keadaan musim Monsun Timur Laut diramalkan akan berterusan selama dua minggu pada 2018, menurut laman webnya.

NEA berkata dalam dua minggu itu, angin bertiup perlahan dijangka melanda Singapura dan kawasan sekitar, terutamanya dari timur laut atau barat laut.

“Keadaan hujan pada dua minggu pertama Januari 2018 dijangka melebihi paras biasa,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here