(Gambar & Video) Bila pokok Ceiba Chodatii mula ‘bersuara’

0
969

Pokok gergasi ‘Ceiba Chodatii’ atau benang sutera yang ditanam di kawasan pentadbiran Bandar Baharu Kuala Nerus terus hidup subur selepas mengalami proses pengguguran daun beberapa bulan yang lalu.

Terengganu Times yang meninjau lokasi pokok tersebut ditanam hari ini mendapati ia semakin merimbun kerana ranting-ranting yang sebelum ini ‘mati’ mula mengeluarkan daun.

Berita mengenai pokok yang berasal dari Brazil itu viral di media sosial selepas pihak pembangkang mendakwa ia telah mati kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Terengganu.

Bagaimanapun, dakwaan tidak bertanggungjawab itu dinafikan oleh jurutera landskap Mohd Nasir Md Amin yang bertangunggjawab menjaga pokok tersebut.

Menurutnya, berita pokok itu mati tidak benar dan merupakan satu fitnah yang sengaja direka.

Katanya, pokok Ceiba Chodatii itu hanya mengalami proses daun gugur dan sedang ‘menyesuaikan’ diri dengan iklim Terengganu.

“Iklim negara asal pokok tersebut juga sama seperti negara ini iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Dengan kelembapan air yang cukup, pokok ini akan kembali mengeluarkan daun seperti biasa cuma ambil sedikit masa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here