Gambar seksi bukan untuk dikongsi, Mila Jirin mohon maaf

0
629

Nama Mila Jirin tiba-tiba panas gara-gara foto aksinya yang tersebar di laman sosial mengundang rasa kurang senang kalangan netizen kerana dianggap kurang sopan.

Memetik laporan mStar online, penyanyi yang bergelar jutawan ini berkata foto yang diambil dalam satu sesi fotografi sebuah akhbar itu sekadar suka-suka dan bukan berniat untuk ditayang kepada umum.

“Gambar itu diambil suka-suka dengan kawan-kawan pereka fesyen Seth & Luna sewaktu sesi fotografi saya dengan sebuah akhbar minggu lalu.

“Saya pun tidak muat naik gambar tu di Instagram sebabnya ia hanya untuk simpanan Seth & Luna. Saya tidak tahu mereka muat naik di laman sosial mereka dan menjadi tular,” ujarnya.

Gambar berkenaan menunjukkan dia berbaring di sebuah tab mandi dengan seluar berwarna kulit. Foto itu tular selepas netizen memberi komen negatif dan menganggap aksi Mila tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.

“Saya sudah pun meminta pereka fesyen Seth & Luna untuk padamkan gambar tersebut di Instagram mereka kerana ia tidak sesuai untuk tontonan khalayak. Malangnya ia sudah tular ke media sosial lain.

“Saya mohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dan marah. Saya akui gambar tersebut tidak sepatutnya diambil,” ujarnya.

Tambah Mila, dia akan lebih berhati-hati untuk bergambar biarpun sekadar untuk simpanan peribadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here