GAGAL BAYAR CUKAI, 10 SYARIKAT DAN ENAM INDIVIDU DIISYTIHARKAN MUFLIS

0
121

Imej yang berkaitanKegagalan dalam melaksanakan tanggungjawab membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menyebabkan sesorang individu akan disytiharkan muflis.

Keutamaan dan pengurusan dalam menyimpan rekod perakaunan dan juga dokumen yang berkaitan selama 7 tahun turut sama memberi kemudahan kepada pembayar cukai apabila audit pencukaian dilakukan.

Pada hari ini, 16 pembayar cukai yang terdiri daripada 10 syarikat dan enam individu diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak dengan LHDNM yang keseluruhannya berjumlah RM7.03 juta.
Berdasarkan jumlah keseluruhan tuntutan cukai tertungggak, 10 syarikat tersebut mempunyai tunggakan cukai dan kenaikan sebanyak RM 6.65 juta, manakala enam individu itu pula mempunyai cukai tertunggak beserta kenaikan berjumlah RM 385 ribu.

Jika dilihat kepada jumlah setiap syarikat yang diisytiharkan muflis tersebut mempunyai cukai tertunggak di antara RM 31 ribu hingga RM 3.45 juta dari dua hingga lapan tahun cukai terkumpul.

Begitu juga cukai tertunggak setiap individu yang telah diisytiharkan muflis itu adalah di antara RM32 ribu hingga RM152 ribu dari dua hingga sembilan tahun cukai terkumpul.

Bagi syarikat yang mempunyai transaksi yang tinggi atau sudah mencapai keuntungan sebelum cukai yang selesa, perlantikan setiausaha syarikat dan agen cukai amat digalakkan bagi mengatur dan menguruskan dokumen yang penting bagi tujuan pengiraan cukai yang lebih tepat.

Pembayar cukai yang mempunyai masalah dari sudut menjelaskan pembayaran cukai sebenarnya boleh merujuk dan mendapatkan khidmat nasihat daripada cawangan LHDNM yang berdekatan atau lebih menyenangkan di mana cawangan LHDNM penyimpanan fail cukai individu tersebut.

Rayuan untuk penstrukturan semula pembayaran secara bulanan juga boleh dilakukan dan LHDNM sentiasa membantu pembayar cukai dengan memberi khidmat nasihat yang professional kepada pembayar cukai atau merujuk ke laman sesawang yang disediakan di http://www.hasil.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here