Gadis 19 tahun lelong dara sebab nak tolong ibu beli rumah

0
2140

SEORANG remaja wanita di Brazil tekad untuk lelong ‘dara’ kerana keluarganya kini sedang berdepan dengan krisis kewangan yang kritikal.

Rosalie Pinho, 19 tahun, membuka harga ‘dara’ itu bermula £264,000 bersamaan hampir RM1.5 juta.

Menurut portal Metro.uk yang memetik Mail Online, Pinho berharap duit hasil lelongan itu akan dapat digunakan untuk membeli sebuah rumah untuk ibunya selain membayar yuran kolejnya.

Katanya, dia tidak pernah bercinta dengan sesiapa dan tidak pernah melakukan hubungan seks.

“Tidur dengan seseorang adalah sesuatu yang menakutkan bagi saya, tetapi lebih baik saya hilang ‘dara’ dengan cara ini dan tidak kecewa dengan sesiapa,” katanya.

Pinho mendapat inspirasi untuk menghasilkan laman webnya sendiri setelah melihat ramai wanita lain juga sanggup berbuat demikian.

Katanya sehingga kini ada pihak yang menawarkan harga setinggi £440,000 bersamaan RM2.4 juta dan berharap akan mendapat tawaran setinggi £750,000 bersamaan RM4 juta.

Selain itu, tiada sebarang syarat dikenakan kepada mereka yang ingin membida kecuali pembida perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.

Keluarganya juga tidak tahu mengenai hal ini dan Pinho berpendapat, apa yang difikirkan orang ramai adalah tidak penting.

“Ini tubuh badan saya, dan ini kehendak saya,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here