Felda Terengganu benarkan penceramah PAS guna surau?

0
3673

KERTEH – Satu kuliah Maghrib yang bakal diadakan di sebuah surau di Felda Kerteh 1, di sini hari ini mendapat bantahan beberapa orang peneroka di situ.

Menurut seorang peneroka yang enggan dikenali, kuliah bertajuk Pewarisan Tanah Felda VS Syariat itu sekadar untuk mengaburi mata orang ramai dan ia sebenarnya adalah ceramah pembangkang bagi memburukkan kerajaan.

Katanya, penceramah jemputan pada malam itu juga merupakan seorang penyokong pembangkang.

“Tajuk kuliah itu untuk mengelirukan orang ramai. Yang sebenarnya, ia adalah ceramah anjuran PAS.

“Ustaz Khusairi yang jadi penceramah itu juga merupakan penyokong kuat PAS yang kuat menghentam kerajaan,” katanya.

Kata peneroka itu, FELDA perlu menapis setiap unsur yang membawa perpecahan kepada agensi milik kerajaan itu.

“Mereka sepatutnya belajar daripada kejadian yang pernah berlaku sebelum ini bila mana peneroka dihasut oleh pembangkang sehingga terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit,” katanya.

Berita berkaitan: 571 peneroka kalah saman, diarah bayar RM300,000 kepada Felda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here