Fazura takut, ‘nampak pontianak’ di set lakonan

0
748

KUALA LUMPUR — Nur Fazura Sharifuddin mendakwa “terlihat puntianak” yang berpakaian sama sepertinya ketika di set penggambaran filem seram itu.

Pelakon The Legend of Pontianak berkata perkara misteri itu pengalaman pertama seumpamanya yang menakutkannya, lapor Utusan Online.

Malah pelakon filem sama Remy Ishak mendakwa turut berdepan perkara sama.

“[…] puntianak itu berada jauh di belakang saya mengenakan pakaian yang sama seperti saya. Rambutnya panjang dilepaskan ke depan,” kata Fazura.

Ditemui pada majlis tayangan filem Janji Zehan semalam, Fazura, 35, takut melihat “makhluk” itu, sewaktu beliau sedang makan bersama kru lain.

Janji Zehan, arahan Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez, mengisahkan percintaan pasangan yang baru berkahwin tetapi berbeza bahasa serta budaya.

“Jalan ceritanya juga berbeza tambahan ia menampilkan dua budaya dalam sebuah cerita,” kata Fazura, yang memegang watak Zehan.

Bulan lalu, Remy mendakwa di Twitter beliau dihantui “kelibat” ganjil makhluk halus itu ketika penggambaran filem tersebut.

“Tidak ada benda yang seronok dan best dalam hidup aku sekarang ini. Skrip ini buat aku jahanam!” coretnya di media sosial itu pada 14 Januari.

“Semua tempat, aku nampak kelibat dia sekarang. Allah hu Allah!”

The Legend of Pontianak difilemkan di Pasir Salak, Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here