Farid Kamil tidak pernah kasari Diana Danielle

0
857

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Farid Kamil akhirnya membuka mulut berhubung kontroversi yang melandanya suaminya sejak Khamis lalu.

Datin Diana Danielle dalam akaun Instagramnya sebentar tadi menyatakan bahawa suaminya itu, tidak pernah sekali pun mengasarinya.

“Pertamanya, terima kasih atas sokongan yang diberikan semua berikan kepada saya dan suami. Keduanya, suami saya tidak pernah walau sekali pun mengasari saya,” tulis Diana Danielle.

“Saya tetap berdiri di belakang suami saya dan kami akan berusaha untuk memperbaiki keadaan. Buat masa ini, saya tidak akan menjawab sebarang persoalan lain kerana ianya tidak perlu,” tambahnya.

Farid Kamil kini sedang ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan akan dakwaan yang beliau mengasari pihak berkuasa dan orang awam di sebuah balai polis Khamis lalu. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here