Fadzil Zahari terkejut abang sanggup tampar polis

0
932

KUALA LUMPUR – Adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari terkejut apabila diberitakan tentang laporan abangnya itu mengamuk di Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Menurut Fadzil, dia tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu dan menyerahkan kes sepenuhnya kepada pihak polis.

Baca: Datuk Farid Kamil mengamuk di balai, tampar anggota polis

Baca: ‘Saya tak boleh komen, tanya keluarga Farid sendiri’ – Diana Danielle

Baca: Datuk Farid Kamil disahkan positif ganja

“Apa yang saya tahu, dia bukan begitu. Saya memang terkejut apabila dia ditahan oleh pihak polis dan didakwa menampar anggota polis dan menimbulkan kekacauan dalam kalangan orang awam di dalam balai polis tersebut.

“Ibu dan bapa di kampung (Alor Setar) dan mereka sudah tahu tentang hal ini. Semoga mereka dikuatkan hati untuk berdepan dengan berita mengejutkan ini,” ujar Fadzil yang juga merupakan seorang pelakon sebentar tadi.

Terdahulu, menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here